Metropolitan Iskandar Malaysia

Zon Metropolitan Iskandar Malaysia atau Greater Johor Bahru merangkumi bandar-bandar utama di sekitar Wilayah Iskandar Malaysia yang merangkumi bandaraya Johor Bahru, Iskandar Puteri, Pasir Gudang, Kulai, Pontian, Kota Tinggi dan sebahagian daerah Kluang serta mempunyai penduduk melebihi 1,000,000 orang. Bandar-bandar membentuk sebuah kawasan metropolis dengan menjadikan kawasan metropolis ketiga terbesar di Malaysia selepas Metropolitan Lembah Klang dan Zon Metropolitan Georgetown (Metropolitan Penang-Kedah Selatan) selain Metropolitan Lembah Kinta dan Metropolitan Alor Setar.Zon Metropolitan Iskandar Malaysia ini sedang pesat membangun dan bakal menjadi metropolitan kedua terbesar di Malaysia selepas Lembah Klang dengan jumlah penduduk melebihi 3 juta orang.